Sunday, March 14, 2010

Once Upon A Time


Di ketika ini aku amat merindui saat ketika sedang menuntut di Tasmania dulu. Saat yang tidak sekali pernah dihajati, iaitu menjejak kan kaki di bumi asing.

Susah senang ketika berada di perantauan dan berjauhan dari keluarga, benar-benar menguji ketabahan keimanan hamba allah yang kerdil ini. Alhamdullilah masa berlalu dengan pantas sekali, dan benarlah kata pepatah 'Jauh Berjalan Luas Pandangan'.


8 July 2004
Ketika itu aku dan seorang teman telah selamatnya sampai ke bumi Tasmania. Begitu asing dengan keadaan cuaca sejuk (winter) di negara lain. Jauh berbeza dengan suhu di Malaysia. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sejuknya keadaannya ketika itu. Dari saat dan detik itu aku terus memanjatkan tanda kesyukuran kerana telah diberi kesempatan untuk melanjutkan pelajaran dan mencari pengalaman di negara asing.